PENGALAMAN MANIS
Haaa... yang ni lain pula, selepas usiamu dalam kandungan 5 bulan ummi dah boleh makan eemmm apalagi ummi pun makan lah sepuas-puasnya. Danisha Nasuha nak tahu ape yang ummi suka makan semasa mengandungkan dirimu ummi suka makan McDonald sebulan sekali ummi pasti makan sehingga berat badan ummi bertambah sebulan naik 2kg dan juga ummi suka makan buah-buahan terutama buah delima sampaikan teringin nak makan buah delima dari Tanah Suci Mekkah alhamdulilah dapat jua ummi makan buah delima dari sana.
Sedang sibuk umat islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal tetapi ummi dan baba membuat persiapan menyambut kelahiran dirimu sayang. Saat-saat yang dinantikan hampir tiba mengikut kiraan doktor 22 September 2008 ummi akan melahirkan dirimu. Ummi berharap agar ummi dapat melahirkan dirimu pada ulang tahun perkahwinan ummi dan baba yang ke 6 tahun pada 7 September 2008. Sayangnya saat tiba tarikh itu, dirimu belum bersedia untuk keluar melihat dunia ini, begitu juga pada tarikh due 22 September 2008 yang sepatutnya ummi melahirkan dirimu. Mungkin Danisha Nasuha suka duduk dalam perut ummi kot kikikiki (sambil ketawa).
Pada 29 September 2008, jam di dinding menunjukkan 3.00 pagi, ummi mula merasa sakit, baba ketika itu sedang nyayak tidur, ummi teringgat pesanaan orang tua-tua mengatakan kalau nak senang bersalin banyak berjalan lalu ummi keluar dari bilik dan ummi berjalan satu rumah sambil berselawat sehingga jam 4.00 pagi ummi menahan sakit. Walau pun sakit, ummi sempat lagi memasak untuk makan sahur dan ummi mengejukkan baba dan nenek untuk bersahur, ketika itu ummi masih boleh bertahan sakit lagi. Pukul 4.30 pagi baba pergi kerja dan pukul 5.30 pagi ummi mula rasa sakit sangat dan ummi menelefon baba suruh balik kerana ummi sudah merasa sakit untuk bersalin. Selepas baba sampai di rumah nenek, baba mengajak ummi pergi ke hospital tetapi ummi mengatakan tunggu sehingga solat subuh baru kita pergi hospital kerana rumah nenek dekat dengan hospital. Jam 6.30 pagi ummi dan baba tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), setibanya di HKL ramai ibu-ibu yang akan melahirkan anak mereka tiba geliran ummi untuk diperiksa ketika itu pintu rahim ummi telah buka 4sm, jam 8.00 pagi ummi dimasukkan ke labouroom, ummi bakal menerima kehadiran dirimu sayang pada bila-bila masa sahaja. Semakin lama perut ummi mula rasa tidak enak makin lama makin kerap sakitnya. Baba menemani ummi dan menyuruh ummi menyebut kalimah Allah. Walaupun ummi tidak berdaya lagi ummi gagahkan jua meneran berkali-kali demi dirimu sayang, pengalaman pertama teknik meneran salah hehehehe (sambil ketawa). Dengan saki-baki kudrat ummi yang ada ummi teran lagi dan akhirnya ummi berjaya melahirkan dirimu sayang tepat jam 10.05 pagi pada 29 September 2008 bersamaan 29 Rahmadan 1429H lahirlah puteri sulung ummi dan baba yang diberi nama DANISHA NASUHA nama secantik orangnya, seberat 3.49kg bersalin secara normal. Alhamdulilah syukur semuanya selamat, cuma ummi terkilan sedikit kerana baba tak dapat melihat sangat ummi melahirkan dirimu sayang kerana doktor suruh baba keluar. Rupanya Danisha tunggu tarikh 29 yee, tarikh 29 tu sungguh bermakna kerana Danisha lahir pada umur ummi 29 tahun, kebetulan 29 Rahmadan dan mengikut kalender islam 1429H semuanya 29. Ummi rasa hilang segala kesakitan bila ummi tatap wajahmu yang comel dan sekian lama ummi dan baba tunggu-tunggukan kehadiranmu, kehadiranmu telah meleyapkan kesedihan dan kesunyian. Pada petang itu juga ummi dibenarkan pulang kerana 2 hari lagi umat islam akan menyambut 1 Syawal.
Ummi dan Baba berharap Danisha Nasuha menjadi anak yang solehah, ingat pada Allah, rajin belajar dan menjadi seorang kakak yang penyayang, baik dan tegas kepada adik-adik. Amin
Kelahiranmu ke dunia
Benar-benar membahagiakan ummi dan baba
Kaulah anugerah Allah yang tidak terhingga
Menjadi penyeri rumah tangga
Menjadi permata hidup kami
Danisha Nasuha,
Melahir dan membesarkanmu
Mencatat kenangan manis
Memahat memori indah
Yang tidak mungkin dilupakan
Sepanjang hidup ummi dan baba
Danisha Nasuha,
Senyumanmu dan telatahmu
Membuatkan ummi dan baba terhibur
Ketahuilah sayang ummi dan baba amat menyayangimu
Semoga sayang pun menyayangi ummi dan baba jua
Danisha Nasuha,
Ummi dan baba sentiasa berdoa
Agar dirimu menjadi insan beriman
Berakhlak mulia dan berjiwa luhur
Semoga dirimu terus diberkati Allah
Menjadi insan barjaya dunia dan akhirat