My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Baby's Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 10, 2010

Ragam Danisha

Beria-ria anak daraku ini tengok cerita wonderpets memang kesukaan dia pun (wonderpets... wonderpets kami datang, membantu anda dalam kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah!!! wonderpets)

eeh... nisha ni sempat lagi korek hidung
Nanakkk, nanak macuk mi


Ummi nisha takuk la

Tuesday, June 8, 2010

Majlis Pertunangan Mamu Nisha


Untuk cousin-cousin ku yang tidak dapat hadir pada majlis pertunangan Wan dan Ida di Kelantan ini untuk tatapan anda semua



Ni lah dia orang kuat untuk membuat hantaran wan, aku cuma tolong2 ape yang patut untuk mencantikkan lagi (kira oklah dari duk terbaring cam dua orang kat belakang aku tu sorang nampak kepala yang sorang lagi nampak bontot dan kaki saja - gambar di bawah (hehehehe jangan mare yea). Fiza kau pandai yea bila orang nak ambil gambar kau interframe (hohoho)


Kak Aty: Ee...eee nisha siape yg sopan tu cam ummi nisha je kan.... kan.... kan....
Nisha: Betul! Betul! Betul! (sebenarnya ummi tu duk tahan nak terkucil jeee)

Heemm dah siap pun hasil tangan kak aton dan aku cantik kan.... baru tersenyum lebar wan di buatnya, kalau tak asyik duk tanya je bila hantaran aku nak siap ni??? awek aku punya dah siap, dah antar kampung pun.... jangan risau wan kita orang akan buat yang terbaik (cam selalu dengar je ayat tu pengaruh AF la ummi ni)

Betul tak aku cakap tengok tu tersenyum lebar adik aku ni buah hantaran pun dia nak makan... abang li tu termenung jauh kenapa? teringat anak kat KL keee.


Wahhhh sedondon lah pulak kalau cam ni selalu kan cantik... abang jak dah macam YB merangkap ketua rombongan (hohoho)


Sempat lagi aku sekeluarga bergambar sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan (pengantin ke? hohoho belum lagi baru nak bertunang.. ape la ummi ni)

Nisha: Kak aty... cepat la nisha pun nak pakai juga

Kak Aty: Sabar lah nisha kak aty nak ambil gambar dulu ni, nak masuk dalam facebook dan blog, kak aty pun nak glamor cam nisha juga



Tomeinya anak ummi tu


Kak Aty : Nisha tengok nenek kita ni bergayaa.... jelous la tu tengok kita pakai tadi (kikiki)

Nisha : Betul! Betul! Betul!


Aduh!!! sedap betul lauk orang kampung ni tengok lah tu kari daging lawan pulak dengan ikan masin memang sedap sangat lahhh tambah pulak ade ayam percik eemmmm.... orang KL datang bertambah2 makan terutama Hakim 4 kali tambah licin semuanya... aku pun ape kurangnya terlupa nak diet (kikikiki)



"Sebentuk cincin permata berlian untukku nak bertunang"..... Ahhh lupa lirik laa pulak siapa yang ingat tolong sambungkan (tak silap aku lagu 60an penyanyinya S. Jiben)


Pakci Daud: Macam mane ni bang bila agaknya kita nak langsungkan budak berdua ni

Bapak Ida: Sekarang pun boleh dia orang pun dah macam penganting boleh nikah sekarang la

Terikat lah pertunangan antara mereka berdua




Ni lah dia pasangannya sama cantik sama padan sorang kopi sorang susu kikikiki


Bergambar bersama ibu bapa kedua-duanya tapi aku sedih lah cuma ade gambar emak jeee baba dah tak ade (Al-Fatihah untuk baba). Semoga rohnya dicucuri rahmat - Amin


Hantaran kedua-dua belah pihak

Ida dalam banyak2 hantaran yang ni paling sedap.. kak lin duk balon yang ni jeee. Akak pun sama juga

Selepas majlis pertunangan selesai. Aku pun nak juga interframe asyik gambar dia orang aje


Kalau semua nak tahu yang ni lah dia bibik nisha cantik kan dalam kereta kak pijah yang jaga.... luar kereta kak nolah yang jaga (kikikiki). Wah wah wah sampai dua orang bibik nisha yea. Tq kakak2.

Yo! yo! yo wah sup.... Baba ape dah jadi dengan anak ummi ni kecil2 dah jadi rapesss



Ini lah dia rombongan cik timah nak pulang ke KL semuanya dah lapar menunggu makanan belum sampai lagi... hai mana gambar aku ni ooppsss terlupa sudah.. aku kan kena jadi kamera women.. emmmm rugi tau aku ni kan suka bergambar tapi gambar aku tak banyak... Hakim gambar aku kat kamera kau banyak tak jangan lupa bagi aku tau


Amboi cik mamat dan pakci daud tu dapat makan lemping cicah kuah kari sampai tak perasan orang ambil gambar dia


Abang Zan: Ayang abang tengok wan makan terkeliur lah pulak bila kita punya nak sampai ni

Zaidah: Sabar lah abang sat lagi siap lah kita punya sotong goreng tepung tu

Haikal, Hakimi dan Irfan: Mamu wan dan abang boboy ni makan tak ajak kita orang pun

Pie : Wan dah dapat Ida , aku kat sebelah dia buat dekkk je


Nisha : Ummi baba tolonggg nisha lapar laaa

Ummi: Sabar ya sayang sat lagi sampai lah

Baba: Ciannya anak baba tu


Alhamdulilah kami semuanya selamat pergi dan selamat pulang ke KL... Rasanya sampai di sini saja lah untuk tatapan anda semuanya. Sebenarnya gambar banyak lagi tapi dah tak ade idea... pada nama-nama yang terlibat di atas minta maaf banyak2 jika tidak suka dengan cerita saya, ini hanyalah lawak semata-mata. ok nanti kita jumpa lagi cau ci cau