My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Baby's Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 22, 2010

Pahit dan Manis


PENGALAMAN PAHIT

Disini ummi ingin berkongsi pengalaman menunggu, mengandungkan dan melahirkan dirimu sayang. Untuk pengetahuan Danisha Nasuha 26 Januari 2008 adalah hari yang paling istimewa kerana ummi disahkan hamil 6 minggu setelah 5 tahun 4 bulan ummi dan baba menunggu saat-saat ini kerana berita ini adalah khabar paling gembira. Ummi memberitahu baba dengan menghadiahkan sepasang baju baby beserta kad ucapan “positive news- a baby’s on the way”.


Baju yang dihadiakan kepada baba dan kad ucapan



Baba amat terkejut lalu mengatakan betul ke ni dan ummi menunjukan urine test kepada baba. Baba tersenyum gembira teramat sangat, lalu mencium ummi tanda kesyukuran sambil menitiskan air mata. Berita gembira ini ummi kongsi bersama ahli keluarga dan kawan-kawan yang turut gembira mendengar berita ini. Ia juga hadiah hari lahir ummi yang ke 29 tahun. Ketahuilah sayang semasa 5 tahun 4 bulan ummi dan baba tidak putus-putus berdoa dan berusaha untuk mendapatkan dirimu, berubat ke sana sini yang mana saja orang kata tempat tu bagus ramai yang dah menggandung pasti ummi dan baba akan pergi walau pun dah banyak duit yang keluar kami tetap berusaha mana yang mampu, adakalanya ummi menangis, rasa sedih sangat bila melihat sepupu dan kawan-kawan yang baru kahwin sudah di kurniakan anak sedangkan kami yang dah bertahun belum ada rezeki lagi. Walau pun ramai yang menyindir, cakap ikut sedap mulut dia orang aje nak kata ape, sedangkan dia orang pun tahu yang rezeki itu datangnya dari Allah kalau belum rezeki kami lagi nak buat macam mana semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kerana kami percaya bahawa Allah akan mengurniakan zuriat untuk kami suatu hari nanti. Ummi dan baba tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan zuriat. Alhamdulilah berkat doa dan usaha ummi dan baba selama ini ada rekezi jua untuk menimbang cahaya mata seperti ibu bapa lain. Sebenarnya sudah lama ummi menantikan saat-saat ini untuk bergelar seorang Ibu. Sejak dari awal perkahwinan lagi, memang ummi mengharapkan untuk cepat-cepat mengandung tetapi kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan segala-galanya. Siapa yang tak mahukan anak, melihat orang lain mengendong anak teringin hendak punya anak sendiri. Alhamdulilah ummi bersyukur sangat-sangat terima kasih Ya Allah terima kasih yang tak terhingga dan ummi bersyukur juga mempunyai suami yang memahami dan menerima ummi seadanya.



PENGALAMAN MANIS

Pada awal kehamilan ummi mengalami morning sickness (muntah) yang teruk kerap kali muntah-muntah dan mabuk sehingga tidak boleh makan dan minum, pasti ummi akan muntah balik sehingga badan ummi jadi lemah, ummi tak boleh bau masakan terutama tom yam pasti ummi pening, minyak wangi pun sama ummi tak boleh bau dan macam-macam lagi lah. Kerana badan ummi terlalu lemah lalu doktor telah memasukkan 5 botol air, ummi mula merasa lega daripada alahan semua itu selepas usiamu dalam kandungan 4 bulan. Mujurlah baba banyak memberi sokongan, semangat dan membantu ummi membuat kerja-kerja rumah. Terima kasih baba.

Haaa... yang ni lain pula, selepas usiamu dalam kandungan 5 bulan ummi dah boleh makan eemmm apalagi ummi pun makan lah sepuas-puasnya. Danisha Nasuha nak tahu ape yang ummi suka makan semasa mengandungkan dirimu ummi suka makan McDonald sebulan sekali ummi pasti makan sehingga berat badan ummi bertambah sebulan naik 2kg dan juga ummi suka makan buah-buahan terutama buah delima sampaikan teringin nak makan buah delima dari Tanah Suci Mekkah alhamdulilah dapat jua ummi makan buah delima dari sana.

Sedang sibuk umat islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal tetapi ummi dan baba membuat persiapan menyambut kelahiran dirimu sayang. Saat-saat yang dinantikan hampir tiba mengikut kiraan doktor 22 September 2008 ummi akan melahirkan dirimu. Ummi berharap agar ummi dapat melahirkan dirimu pada ulang tahun perkahwinan ummi dan baba yang ke 6 tahun pada 7 September 2008. Sayangnya saat tiba tarikh itu, dirimu belum bersedia untuk keluar melihat dunia ini, begitu juga pada tarikh due 22 September 2008 yang sepatutnya ummi melahirkan dirimu. Mungkin Danisha Nasuha suka duduk dalam perut ummi kot kikikiki (sambil ketawa).




Pada 29 September 2008, jam di dinding menunjukkan 3.00 pagi, ummi mula merasa sakit, baba ketika itu sedang nyayak tidur, ummi teringgat pesanaan orang tua-tua mengatakan kalau nak senang bersalin banyak berjalan lalu ummi keluar dari bilik dan ummi berjalan satu rumah sambil berselawat sehingga jam 4.00 pagi ummi menahan sakit. Walau pun sakit, ummi sempat lagi memasak untuk makan sahur dan ummi mengejukkan baba dan nenek untuk bersahur, ketika itu ummi masih boleh bertahan sakit lagi. Pukul 4.30 pagi baba pergi kerja dan pukul 5.30 pagi ummi mula rasa sakit sangat dan ummi menelefon baba suruh balik kerana ummi sudah merasa sakit untuk bersalin. Selepas baba sampai di rumah nenek, baba mengajak ummi pergi ke hospital tetapi ummi mengatakan tunggu sehingga solat subuh baru kita pergi hospital kerana rumah nenek dekat dengan hospital. Jam 6.30 pagi ummi dan baba tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), setibanya di HKL ramai ibu-ibu yang akan melahirkan anak mereka tiba geliran ummi untuk diperiksa ketika itu pintu rahim ummi telah buka 4sm, jam 8.00 pagi ummi dimasukkan ke labouroom, ummi bakal menerima kehadiran dirimu sayang pada bila-bila masa sahaja. Semakin lama perut ummi mula rasa tidak enak makin lama makin kerap sakitnya. Baba menemani ummi dan menyuruh ummi menyebut kalimah Allah. Walaupun ummi tidak berdaya lagi ummi gagahkan jua meneran berkali-kali demi dirimu sayang, pengalaman pertama teknik meneran salah hehehehe (sambil ketawa). Dengan saki-baki kudrat ummi yang ada ummi teran lagi dan akhirnya ummi berjaya melahirkan dirimu sayang tepat jam 10.05 pagi pada 29 September 2008 bersamaan 29 Rahmadan 1429H lahirlah puteri sulung ummi dan baba yang diberi nama DANISHA NASUHA nama secantik orangnya, seberat 3.49kg bersalin secara normal. Alhamdulilah syukur semuanya selamat, cuma ummi terkilan sedikit kerana baba tak dapat melihat sangat ummi melahirkan dirimu sayang kerana doktor suruh baba keluar. Rupanya Danisha tunggu tarikh 29 yee, tarikh 29 tu sungguh bermakna kerana Danisha lahir pada umur ummi 29 tahun, kebetulan 29 Rahmadan dan mengikut kalender islam 1429H semuanya 29. Ummi rasa hilang segala kesakitan bila ummi tatap wajahmu yang comel dan sekian lama ummi dan baba tunggu-tunggukan kehadiranmu, kehadiranmu telah meleyapkan kesedihan dan kesunyian. Pada petang itu juga ummi dibenarkan pulang kerana 2 hari lagi umat islam akan menyambut 1 Syawal.

Ummi dan Baba berharap Danisha Nasuha menjadi anak yang solehah, ingat pada Allah, rajin belajar dan menjadi seorang kakak yang penyayang, baik dan tegas kepada adik-adik. Amin











PERMATA HATI

Danisha Nasuha,
Kelahiranmu ke dunia
Benar-benar membahagiakan ummi dan baba
Kaulah anugerah Allah yang tidak terhingga
Menjadi penyeri rumah tangga
Menjadi permata hidup kami

Danisha Nasuha,
Melahir dan membesarkanmu
Mencatat kenangan manis
Memahat memori indah
Yang tidak mungkin dilupakan
Sepanjang hidup ummi dan baba

Danisha Nasuha,
Senyumanmu dan telatahmu
Membuatkan ummi dan baba terhibur
Ketahuilah sayang ummi dan baba amat menyayangimu
Semoga sayang pun menyayangi ummi dan baba jua

Danisha Nasuha,
Ummi dan baba sentiasa berdoa
Agar dirimu menjadi insan beriman
Berakhlak mulia dan berjiwa luhur
Semoga dirimu terus diberkati Allah
Menjadi insan barjaya dunia dan akhirat

Aku ingin berkongsi cerita ini pada kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama seperti ku supaya selepas membaca pengalaman ku ini dapat memberi semangat kepada kali dan banyak-banyakan lah berdoa insha allah ada rezeki juga nanti dan antara suami dan isteri kita kena lah saling memahami jangan salahkan sesiapa buangkan sikap ego dalam diri kita.... usah di fikirkan apa yang orang nak kata... biarkan lah mereka nak cakap apa cuma satu je yang perlu kita ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan anak itu adalah amanah Allah untuk kita menjaganya bila2 masa saja Allah akan mengambilnya kembali.... jadi pada kawan-kawan yang mempunyai anak jangan lah terlalu bangga sepatutnya kita sebagai kawan harus memberi semangat dan dorongan kepada mereka jangan ikut sedap mulut cakap orang x subur.... Sekian.

No comments:

Post a Comment