My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Baby's Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, July 4, 2010

Aksi Nisha Ketika Jalan Penuh Sesak

Isnin pagi ketika kami mahu pergi kerja selepas tol Bandar Tun Razak jalan jam teruk kereta bergerak sedikit demi sedikit. Aduh!!!! kalau begini lah caranya merah lagi lah punch card aku.... benci betul lah kalau jam begini aku mula lah boring.... pada awalnya Nisha masih cool lagi dan setengah jam selepas itu emmmmm tertidur akhirnya.... kalau jam sebelah pagi nisha ok je tapi jangan jem pada waktu petang mula lah dia menangis keboringan lama sangat dalam kereta.... cian anak ummi.

jam-packed

Jam telah menunjuk puluk 8.00pg kami masih lagi berade dalam kereta sedangkan aku masuk kerja pukul 8.00pg. Huwaaaak



Aksi pertama

Aksi kedua

Dan setengah jam selepas itu beginilah nisha tertidur

Bila dah sampai pun masih tak sedar lagi mengantuk sangat lah tu

Baju hijau ni ketika waktu pulang, abis je minum susu terus tertidur mungkin penat sangat bemain di Taska tadi. Senang sangat lah ummi driver tak ade pengacau kikiki


DRYPERS Oh drypers

Minggu lepas ummi dan Nasuha pergi Giant untuk memborong Drypers yang nasuha pakai buang hari2. Bila sale, duit pun ade ape lagi ummi ambil lah sekali 3 nasib baik Giant limit 1 customer 3 bungkus kalau tak mahu ummi tambah lagi 2 bungkus hehehehe.... Dulu sebelum adenya Nasuha.... aku gelakkan kakak2 ku yang sama seperti aku buat sekarang bila sale je diaorang pasti beli banyak, ade kalanya diaorg kirim suruh aku membeli Drypers anak diaorg tapi aku kata no... no...no... malu lah nak bw blik naik LRT pula tu.... Sekarang giliran aku pula kah..kah...kah.. padan muka aku gelak kan orang lagi..... baru lah aku tahu bila dah jadi ibu camni lah rupanya.... ape saja untuk anak (no malu, no segan). Yang Hugees tu mama iqram kirim








Tuesday, June 29, 2010

SAMBUTAN HARI BAPA 2010

LPPKN telah membuat Sambutan Hari Bapa (SHB) pada 20 Jun 2010 di Kompleks Kesejateraan Keluarga, Seremban 2. Bahagian Perancangan Korporat telah di pertanggungjawabkan untuk membeli hadiah untuk acara2 pada SHB. Gambar-gambar di bawah pada 17 Jun 2010 ketika kami hendak membeli hadiah, tengok lah betapa teruknya van LPPKN ni sampaikan sakit2 buntut kawan-kawan ku ini..... hahahaha



Setelah habis pi membeli belah perut pun dah keruncung... kruk! kruk! bunyinya lebih kurang camtu lah kikiki kami pun terus lah pi makan kat Segambut duit makan pun bos dah bagi ape lagi pilih je lauk ape nak makan..... lihat di bawah




Pada 20 Jun 2010 aku and Family pun pi lah (SHB) tersebut punya lah seronok anak ummi ni dapat berjumpa dengan upin ipin tapi bila dekat takut pula.... hubby ku pula masuk pertandingan lipat baju dapat no. 3 hadiahnya blander dan pertandingan exprores dapat no. 2 hadiahnya ricecooker ok lah kan . Kawan2 ku kata aku dah manderem hadiah2 tu sebabnya aku pi beli hadiah, aku yg balut hadiah dan hadiah tu juga lah ikut aku balik..... ok lah tu berbaloi-baloi balik takde lah tangan kosong. Kesimpulanya kami sekeluarga enjoi dengan (SHB) tahun ini













Balik dari (SHB) kami terus pergi mandi di sungai congkak tengok lah mentang2 lah arini Hari Bapa, anak d bapa ni makan berdua je mane ummi? ummi kena ambil gambar lah


ala hai anak dara ummi ni dah pandai makan sendiri yee

Monday, June 21, 2010

Koleksi Kasut, Baju, Topi dan Head Ribbon

Masa ni ummi tengah boring tak tahu nak buat ape, nisha pula tengah tidur tetiba idea datang nak ambil gambar koleksi kasut danisha yang dah lebih banyak dari umminya...pastu melarat lah dari satu ke satu koleksi sampai ke dalam almari pun ummi ni nak ambil, dah macam rancangan trek celebirity abis semua dia bokarkan nya. Jom mari kita intai!!!

Kasut dari baby hingga sekarang. Cian kat sandal Pooh partnernya dah tercicir tak tahu ke mane. Huhuhu

Nak beli almari besar sikit ruang dah tak ade. My hubby kata lagi besar almari lagi banyak lah ummi beli nanti hehehe ummi geram lah tengok baju pompuan cantik2 lah baba

Ni lah dia koleksi baju2 nisha untuk umurnya sekarang tak termasuk yang belum basuh lagi hehehe... yang dah tak muat atau senting ummi dah simpan dan ade juga ummi beri kepada yang memerlukan.... Huuwahhh almari dah tak muat
  • Rak atas pampers
  • Rak ke-2 tuala muka, spender, topi dan head ribbon
  • Last sekali sock


Head Ribbon yang mane boleh guna kita guna yang dah tak leh kita simpan untuk adik yea nisha

Dari baby hingga lah sekarang, cuma yang masih boleh digunakan hanya line teratas je yang lain dah tak muat... tunggu next baby yeea. Hohoho

Danisha Main Bowling

Dah merajuk anak dara ummi ni tak dapat main. Danisha tak boleh main cuma jadi tukang sorak ummi je yee...
Ummi u can do it...

Huuuu terkejut danisha ummi... ingatkan ummi tak boleh main rupanya strike. Hohoho

Ummi, danisha tengok ape tu???

Abg boboy d abg haiqal jangan berebut dua2 dapat main tau

Abg haiqal nak angkat bola pun tak larat camne nak main ni!!!. Kak fety buat ape tu

Abang Haiqal tepi lah danisha nak bergambar dengan kak nora je

Kakak nora hati-hati markah ummi dan kakak tak jauh beza yee

Wah cara baling ade style... mula2 cantik dah kendian ampeh kikiki