My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Baby's Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 29, 2010

SAMBUTAN HARI BAPA 2010

LPPKN telah membuat Sambutan Hari Bapa (SHB) pada 20 Jun 2010 di Kompleks Kesejateraan Keluarga, Seremban 2. Bahagian Perancangan Korporat telah di pertanggungjawabkan untuk membeli hadiah untuk acara2 pada SHB. Gambar-gambar di bawah pada 17 Jun 2010 ketika kami hendak membeli hadiah, tengok lah betapa teruknya van LPPKN ni sampaikan sakit2 buntut kawan-kawan ku ini..... hahahaha



Setelah habis pi membeli belah perut pun dah keruncung... kruk! kruk! bunyinya lebih kurang camtu lah kikiki kami pun terus lah pi makan kat Segambut duit makan pun bos dah bagi ape lagi pilih je lauk ape nak makan..... lihat di bawah




Pada 20 Jun 2010 aku and Family pun pi lah (SHB) tersebut punya lah seronok anak ummi ni dapat berjumpa dengan upin ipin tapi bila dekat takut pula.... hubby ku pula masuk pertandingan lipat baju dapat no. 3 hadiahnya blander dan pertandingan exprores dapat no. 2 hadiahnya ricecooker ok lah kan . Kawan2 ku kata aku dah manderem hadiah2 tu sebabnya aku pi beli hadiah, aku yg balut hadiah dan hadiah tu juga lah ikut aku balik..... ok lah tu berbaloi-baloi balik takde lah tangan kosong. Kesimpulanya kami sekeluarga enjoi dengan (SHB) tahun ini













Balik dari (SHB) kami terus pergi mandi di sungai congkak tengok lah mentang2 lah arini Hari Bapa, anak d bapa ni makan berdua je mane ummi? ummi kena ambil gambar lah


ala hai anak dara ummi ni dah pandai makan sendiri yee

Monday, June 21, 2010

Koleksi Kasut, Baju, Topi dan Head Ribbon

Masa ni ummi tengah boring tak tahu nak buat ape, nisha pula tengah tidur tetiba idea datang nak ambil gambar koleksi kasut danisha yang dah lebih banyak dari umminya...pastu melarat lah dari satu ke satu koleksi sampai ke dalam almari pun ummi ni nak ambil, dah macam rancangan trek celebirity abis semua dia bokarkan nya. Jom mari kita intai!!!

Kasut dari baby hingga sekarang. Cian kat sandal Pooh partnernya dah tercicir tak tahu ke mane. Huhuhu

Nak beli almari besar sikit ruang dah tak ade. My hubby kata lagi besar almari lagi banyak lah ummi beli nanti hehehe ummi geram lah tengok baju pompuan cantik2 lah baba

Ni lah dia koleksi baju2 nisha untuk umurnya sekarang tak termasuk yang belum basuh lagi hehehe... yang dah tak muat atau senting ummi dah simpan dan ade juga ummi beri kepada yang memerlukan.... Huuwahhh almari dah tak muat
  • Rak atas pampers
  • Rak ke-2 tuala muka, spender, topi dan head ribbon
  • Last sekali sock


Head Ribbon yang mane boleh guna kita guna yang dah tak leh kita simpan untuk adik yea nisha

Dari baby hingga lah sekarang, cuma yang masih boleh digunakan hanya line teratas je yang lain dah tak muat... tunggu next baby yeea. Hohoho

Danisha Main Bowling

Dah merajuk anak dara ummi ni tak dapat main. Danisha tak boleh main cuma jadi tukang sorak ummi je yee...
Ummi u can do it...

Huuuu terkejut danisha ummi... ingatkan ummi tak boleh main rupanya strike. Hohoho

Ummi, danisha tengok ape tu???

Abg boboy d abg haiqal jangan berebut dua2 dapat main tau

Abg haiqal nak angkat bola pun tak larat camne nak main ni!!!. Kak fety buat ape tu

Abang Haiqal tepi lah danisha nak bergambar dengan kak nora je

Kakak nora hati-hati markah ummi dan kakak tak jauh beza yee

Wah cara baling ade style... mula2 cantik dah kendian ampeh kikiki

Sunday, June 20, 2010

Danisha at Satay

Satay adalah makanan favourite ummi tak sangka pula anak dara ummi ni pun sama minatnya, dalam usianya sekarang danisha boleh makan satay sampai 5 batang. Baba sekarang ni kalau nak beli satay kena ambil kira sekali anak dara baba ni nya. Cerita pasal satay ni teringat ummi masa kecil-kecil dulu (ala2 remaja lah gitu) atuk danisha ni berniaga satay sebab tu lah ummi suka makan satay hari-hari satay dan sebab itu jg lah kot cucu atuk ni pun suka satay, pagi2 ummi kena tolong atuk pergi pasar beli barang2 nak buat satay, balik dari pasar tolong nenek sediakan barang2 utk nak cucuk satay pula bila menjelang petang kena ikut atuk pergi berniaga. Semua itu tinggal kenangan atuk pun dah tak ade lagi, rindu pula saat2 dulu, sekarang ni kalau nak makan satay kena la beli sebab tak ade sorang pun anak atuk yg minat ikut jejak atuk cuma minat makan ramai lah. Hohoho









Monday, June 14, 2010

Engkau Terbaik Untukku

Bacalah kalian untuk kita kongsi bersama

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.

"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.

"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.

"Why?"Sybil tertanya-tanya.

"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang. "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.

My Precious

Pose danisha yang terbaik.... she can do it!!!








so behave my dear!!! tengkiu

Good Girl!!!

Huhuhu....betapa baiknya anakku ketika ini.... mudahnya ummi driving macam ni, tak perlu aku terbongkok2 satu tangan pegang stereng, satu tangan mencari mainan. Bila jalan jem mula lah dia boring ape lagi mengamuklah nak buka tali pinggang dan nak berdiri