Monday, June 14, 2010
Engkau Terbaik Untukku
" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.
"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.
"Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.
Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang. "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.
Good Girl!!!
Mandi Kolam
Thursday, June 10, 2010
Ragam Danisha
Tuesday, June 8, 2010
Majlis Pertunangan Mamu Nisha
Heemm dah siap pun hasil tangan kak aton dan aku cantik kan.... baru tersenyum lebar wan di buatnya, kalau tak asyik duk tanya je bila hantaran aku nak siap ni??? awek aku punya dah siap, dah antar kampung pun.... jangan risau wan kita orang akan buat yang terbaik (cam selalu dengar je ayat tu pengaruh AF la ummi ni)
Betul tak aku cakap tengok tu tersenyum lebar adik aku ni buah hantaran pun dia nak makan... abang li tu termenung jauh kenapa? teringat anak kat KL keee.
Wahhhh sedondon lah pulak kalau cam ni selalu kan cantik... abang jak dah macam YB merangkap ketua rombongan (hohoho)
Sempat lagi aku sekeluarga bergambar sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan (pengantin ke? hohoho belum lagi baru nak bertunang.. ape la ummi ni)
Nisha: Kak aty... cepat la nisha pun nak pakai juga
Kak Aty: Sabar lah nisha kak aty nak ambil gambar dulu ni, nak masuk dalam facebook dan blog, kak aty pun nak glamor cam nisha juga
Tomeinya anak ummi tu
Kak Aty : Nisha tengok nenek kita ni bergayaa.... jelous la tu tengok kita pakai tadi (kikiki)
Nisha : Betul! Betul! Betul!
Aduh!!! sedap betul lauk orang kampung ni tengok lah tu kari daging lawan pulak dengan ikan masin memang sedap sangat lahhh tambah pulak ade ayam percik eemmmm.... orang KL datang bertambah2 makan terutama Hakim 4 kali tambah licin semuanya... aku pun ape kurangnya terlupa nak diet (kikikiki)
"Sebentuk cincin permata berlian untukku nak bertunang"..... Ahhh lupa lirik laa pulak siapa yang ingat tolong sambungkan (tak silap aku lagu 60an penyanyinya S. Jiben)
Pakci Daud: Macam mane ni bang bila agaknya kita nak langsungkan budak berdua ni
Bapak Ida: Sekarang pun boleh dia orang pun dah macam penganting boleh nikah sekarang la
Terikat lah pertunangan antara mereka berdua
Ni lah dia pasangannya sama cantik sama padan sorang kopi sorang susu kikikiki
Bergambar bersama ibu bapa kedua-duanya tapi aku sedih lah cuma ade gambar emak jeee baba dah tak ade (Al-Fatihah untuk baba). Semoga rohnya dicucuri rahmat - Amin
Hantaran kedua-dua belah pihak
Ida dalam banyak2 hantaran yang ni paling sedap.. kak lin duk balon yang ni jeee. Akak pun sama juga
Selepas majlis pertunangan selesai. Aku pun nak juga interframe asyik gambar dia orang aje
Kalau semua nak tahu yang ni lah dia bibik nisha cantik kan dalam kereta kak pijah yang jaga.... luar kereta kak nolah yang jaga (kikikiki). Wah wah wah sampai dua orang bibik nisha yea. Tq kakak2.
Yo! yo! yo wah sup.... Baba ape dah jadi dengan anak ummi ni kecil2 dah jadi rapesss
Ini lah dia rombongan cik timah nak pulang ke KL semuanya dah lapar menunggu makanan belum sampai lagi... hai mana gambar aku ni ooppsss terlupa sudah.. aku kan kena jadi kamera women.. emmmm rugi tau aku ni kan suka bergambar tapi gambar aku tak banyak... Hakim gambar aku kat kamera kau banyak tak jangan lupa bagi aku tau
Amboi cik mamat dan pakci daud tu dapat makan lemping cicah kuah kari sampai tak perasan orang ambil gambar dia
Abang Zan: Ayang abang tengok wan makan terkeliur lah pulak bila kita punya nak sampai ni
Zaidah: Sabar lah abang sat lagi siap lah kita punya sotong goreng tepung tu
Haikal, Hakimi dan Irfan: Mamu wan dan abang boboy ni makan tak ajak kita orang pun
Pie : Wan dah dapat Ida , aku kat sebelah dia buat dekkk je
Nisha : Ummi baba tolonggg nisha lapar laaa
Ummi: Sabar ya sayang sat lagi sampai lah
Baba: Ciannya anak baba tu
Alhamdulilah kami semuanya selamat pergi dan selamat pulang ke KL... Rasanya sampai di sini saja lah untuk tatapan anda semuanya. Sebenarnya gambar banyak lagi tapi dah tak ade idea... pada nama-nama yang terlibat di atas minta maaf banyak2 jika tidak suka dengan cerita saya, ini hanyalah lawak semata-mata. ok nanti kita jumpa lagi cau ci cau








