Monday, June 14, 2010
Good Girl!!!
Mandi Kolam
Thursday, June 10, 2010
Ragam Danisha
Tuesday, June 8, 2010
Majlis Pertunangan Mamu Nisha
Heemm dah siap pun hasil tangan kak aton dan aku cantik kan.... baru tersenyum lebar wan di buatnya, kalau tak asyik duk tanya je bila hantaran aku nak siap ni??? awek aku punya dah siap, dah antar kampung pun.... jangan risau wan kita orang akan buat yang terbaik (cam selalu dengar je ayat tu pengaruh AF la ummi ni)
Betul tak aku cakap tengok tu tersenyum lebar adik aku ni buah hantaran pun dia nak makan... abang li tu termenung jauh kenapa? teringat anak kat KL keee.
Wahhhh sedondon lah pulak kalau cam ni selalu kan cantik... abang jak dah macam YB merangkap ketua rombongan (hohoho)
Sempat lagi aku sekeluarga bergambar sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan (pengantin ke? hohoho belum lagi baru nak bertunang.. ape la ummi ni)
Nisha: Kak aty... cepat la nisha pun nak pakai juga
Kak Aty: Sabar lah nisha kak aty nak ambil gambar dulu ni, nak masuk dalam facebook dan blog, kak aty pun nak glamor cam nisha juga
Tomeinya anak ummi tu
Kak Aty : Nisha tengok nenek kita ni bergayaa.... jelous la tu tengok kita pakai tadi (kikiki)
Nisha : Betul! Betul! Betul!
Aduh!!! sedap betul lauk orang kampung ni tengok lah tu kari daging lawan pulak dengan ikan masin memang sedap sangat lahhh tambah pulak ade ayam percik eemmmm.... orang KL datang bertambah2 makan terutama Hakim 4 kali tambah licin semuanya... aku pun ape kurangnya terlupa nak diet (kikikiki)
"Sebentuk cincin permata berlian untukku nak bertunang"..... Ahhh lupa lirik laa pulak siapa yang ingat tolong sambungkan (tak silap aku lagu 60an penyanyinya S. Jiben)
Pakci Daud: Macam mane ni bang bila agaknya kita nak langsungkan budak berdua ni
Bapak Ida: Sekarang pun boleh dia orang pun dah macam penganting boleh nikah sekarang la
Terikat lah pertunangan antara mereka berdua
Ni lah dia pasangannya sama cantik sama padan sorang kopi sorang susu kikikiki
Bergambar bersama ibu bapa kedua-duanya tapi aku sedih lah cuma ade gambar emak jeee baba dah tak ade (Al-Fatihah untuk baba). Semoga rohnya dicucuri rahmat - Amin
Hantaran kedua-dua belah pihak
Ida dalam banyak2 hantaran yang ni paling sedap.. kak lin duk balon yang ni jeee. Akak pun sama juga
Selepas majlis pertunangan selesai. Aku pun nak juga interframe asyik gambar dia orang aje
Kalau semua nak tahu yang ni lah dia bibik nisha cantik kan dalam kereta kak pijah yang jaga.... luar kereta kak nolah yang jaga (kikikiki). Wah wah wah sampai dua orang bibik nisha yea. Tq kakak2.
Yo! yo! yo wah sup.... Baba ape dah jadi dengan anak ummi ni kecil2 dah jadi rapesss
Ini lah dia rombongan cik timah nak pulang ke KL semuanya dah lapar menunggu makanan belum sampai lagi... hai mana gambar aku ni ooppsss terlupa sudah.. aku kan kena jadi kamera women.. emmmm rugi tau aku ni kan suka bergambar tapi gambar aku tak banyak... Hakim gambar aku kat kamera kau banyak tak jangan lupa bagi aku tau
Amboi cik mamat dan pakci daud tu dapat makan lemping cicah kuah kari sampai tak perasan orang ambil gambar dia
Abang Zan: Ayang abang tengok wan makan terkeliur lah pulak bila kita punya nak sampai ni
Zaidah: Sabar lah abang sat lagi siap lah kita punya sotong goreng tepung tu
Haikal, Hakimi dan Irfan: Mamu wan dan abang boboy ni makan tak ajak kita orang pun
Pie : Wan dah dapat Ida , aku kat sebelah dia buat dekkk je
Nisha : Ummi baba tolonggg nisha lapar laaa
Ummi: Sabar ya sayang sat lagi sampai lah
Baba: Ciannya anak baba tu
Alhamdulilah kami semuanya selamat pergi dan selamat pulang ke KL... Rasanya sampai di sini saja lah untuk tatapan anda semuanya. Sebenarnya gambar banyak lagi tapi dah tak ade idea... pada nama-nama yang terlibat di atas minta maaf banyak2 jika tidak suka dengan cerita saya, ini hanyalah lawak semata-mata. ok nanti kita jumpa lagi cau ci cau
Wednesday, June 2, 2010
23 Perkara Tentang Diri Saya
1. Saya isteri kepada Khairulazuan dan Ummi kepada Danisha Nasuha
2. Seorang isteri yang setia dan menyayangi suaminya hingga ke akhir ayat
3. Bila dah jadi ummi ni perwatakan saya telah berubah sedikit al-maklum la kena tunjukkan contoh yang baik kepada anak
4. Jika tiada suami dan anak di sesi tak tahu lah macam mana hidup saya
5. Anak ke 9 daripada 11 adik beradik (baba saya mengelarkan saya puteri lilin anak manja la kata kan).
6. Keluarga saya besar bila semua berkumpul riuh rendah di buatnya tambah pula anak buah yang ramai seroknya!!!!
7. Dalam ramai-ramai adik beradik saya sorang je yang ade lesung pipit yang dalam (kira yg paling cun lah hohoho)
8. Saya seorang yang periang
9. Saya suku mengusik kawan2 ( tapi yang baik2 je tau) maksudnya suka buat orang gelak kira lawak lah tu hehehehe
10. Ade kalanya cepat marah juga tapi tengok pada perkaranya laaa
11. Suka pada kanak-kanak terutama yang baby eemmmm comel ye geram tau
12. Jiwa mudah tersentuh perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak (tambah pula sekarang kes buang bayi) Ya Allah sedihnya.
13. Kuat makan tapi kurang minum sebab tu lah saya susah nak membuang air besar kikiki
14. Suka melancong..... dalam Malaysia ni semua negeri saya dah pergi kecuali Sarawak dan Labuan je
15. Suka senyum
16. Sekarang ni badan saya dah semakin tembam tak sama seperti 7 tahun dulu... heeee geramnya bila nak kurus ni
17. Suka bersukan I love neet ball
18. Suka menari
19. Pemurah (yea ke pemurah??? boleh lah aku pun bukan lah berduit sangat cuma tolong mane yang mampu je)
20. Tak makan belanacan, budu, tempoyak, cencaluk dan sewaktu dengan nya lah
21. Lembut hati (contoh kalau marah kan seseorang cepat memaafkannya walau pun hati ni marah sangat) tak tahu lah kenapa mudah terpedaya dengan kata-kata
22. Lambat dapat kawan sebab pendiam bukan jenis yang peramah tapi kalau dah kenal riuh sekampung
23. Sebelum tidur wajib masuk bilik air dulu dah jadi kebiasaan
24. Ade bantal busuk sampai sekarang tapi bantai tu dah beralih arah ke anak pula (nasib baik boleh tidur sebab anak ade kat sebelah)
25. I like window shopping
Ooppsss terlebih sudah kata 23 je sebab tengah syor ni idea tiba2 datang pula tapi rasanya cukup lah tu kan








